Menurutnya, Selvanathan juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.
“Kalau ditanya, beliau hanya akan menjawab ‘no comment’. Bapa dia sendiri tidak tahu mengenai dakwaan anaknya memeluk Islam,” katanya.
Terdahulu, isu status agama Vikneswaran menjadi perhatian selepas penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, mendakwa lelaki itu pernah melafazkan syahadah di hadapannya pada 25 April tahun lalu.
Firdaus mendakwa, sebelum itu lelaki berkenaan menghubunginya menerusi Instagram dan menyatakan hasrat bersungguh-sungguh untuk dibimbing memeluk Islam.
Sementara itu, Vikneswaran yang juga penuntut di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan berkaitan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau menerusi media sosial.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.
Pada 25 Februari lalu, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki menghina Islam menerusi satu hantaran di laman sosial yang kemudiannya tular. -MYBERITA – MYBERITA








