Kerajaan batalkan ‘open house’ Aidilfitri, tekan perbelanjaan berhemah

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan semua agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini sebagai langkah berbelanja berhemah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat bagi memberi mesej supaya perbelanjaan dijalankan dengan cermat dan sederhana, susulan kesan ekonomi daripada konflik peperangan antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran.

“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama Jemaah Menteri supaya semua agensi kerajaan, GLC dan GLIC tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri.

“Ini memberikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau menegaskan walaupun bekalan barangan asas seperti minyak dan gas masih mencukupi, kerajaan perlu berwaspada dan berjimat.

“Langkah ini waras supaya kita tidak terjebak dengan keadaan yang lebih parah,” katanya.

Selain itu, Anwar memaklumkan langkah penjimatan turut membabitkan sekatan lawatan luar negara bagi anggota pentadbiran kerajaan.

Menteri dan pegawai hanya dibenarkan menghadiri lawatan rasmi yang benar-benar penting atau telah dijadualkan lebih awal.

“Untuk itu juga, menteri dan seluruh anggota pentadbiran serta jabatan dihadkan lawatan atau kunjungan ke luar negara, melainkan yang memang dalam jadual wajib yang perlu dihadiri,” ujarnya.

Langkah ini dijangka dapat mengekang perbelanjaan berlebihan dan menunjukkan teladan berhemat daripada pemimpin kepada rakyat, selari dengan situasi ekonomi semasa. – MYBERITA

BACA JUGA:  Khairul Aming kongsi undian, ramai pilih balik kampung hari Khamis
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...