Penampilan dipersoal, Nabila Razali akui hanya ikut konsep lagu

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Nabila Razali atau Nur Nabila Mohd. Razali, 34, menerima dengan hati terbuka kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan penampilannya kebelakangan ini, termasuk bertudung singkat dan mengenakan busana berbahan jarang.

Nabila menjelaskan setiap perubahan penampilan yang ditampilkan bukan sekadar gaya semata-mata, sebaliknya sebahagian daripada proses kreatif bagi menepati konsep muzik serta mesej yang ingin disampaikan menerusi karya-karyanya.

“Saya agak berhati-hati menjawab soalan ini kerana takut disalah tafsir. Sebagai anak seni, penampilan, muzik dan fesyen adalah sebahagian daripada identiti yang ingin saya bawakan dalam setiap karya.

“Ia bukan hanya soal trend atau populariti, tetapi tentang penyampaian mesej dan konsep yang tepat,” katanya.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata, penampilan baharu yang ditampilkan dipilih bagi menepati elemen retro dalam lagu raya terbaharunya berjudul Tak Sabar Nak Raya, sekali gus membolehkannya mengekspresikan kreativiti sambil mengekalkan elemen visual yang selari dengan muzik.

“Kali ini saya ikut konsep retro kerana lagu raya saya ada ‘vibe’ retro. Jadi saya ikut konsep muzik, tetapi tidak bermaksud saya mengetepikan perkara yang salah atau nilai yang sepatutnya dijaga,” katanya.

Nabila turut menekankan bahawa setiap penampilan yang ditampilkan akan melalui perbincangan bersama pasukannya bagi memastikan ia sesuai dengan imej yang ingin diketengahkan.

“Sudah tentu saya ada rujukan tersendiri setiap kali mahu tampil dengan sesuatu penampilan. Satu pasukan akan menilai sama ada ia sesuai untuk saya atau tidak. Alhamdulillah, semuanya saya suka dan ia kena dengan gaya lagu. Malah penari saya pun sedondon,” ujarnya.

Dalam masa sama, Nabila mengakui dirinya masih dalam proses memperbaiki diri dan berusaha meningkatkan standard dalam bidang seni.

BACA JUGA:  Usaha damai gagal, Syida Melvin nekad teruskan penceraian

Nabila juga menerima setiap teguran sebagai satu proses untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang. -MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...

Peminat sejak 2003, lebih 500 peminat teruja dapat jumpa Mesut Ozil dekat Penang

GEORGE TOWN - Lebih 500 peminat bola sepak tidak...

Pengorbanan ulang-alik 700km demi keluarga setiap minggu bertukar tragedi 

KUALA LUMPUR – Rutin seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia...

Derma organ selepas meninggal dunia, bakti terakhir Allahyarham Syukri Bazli 

KUALA LUMPUR – Pemergian Allahyarham Muhammad Syukri Bazli, 31,...

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...