BMW dipandu laju terbabas, dua suspek curi kabel dicekup polis

IPOH – Cubaan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel untuk meloloskan diri gagal selepas kenderaan dinaiki mereka dikejar polis dalam satu kejadian di kawasan Bercham awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata, anggota kereta peronda (MPV) mengesan sebuah kereta jenis BMW dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut beliau, apabila diarahkan berhenti, pemandu kenderaan tersebut bertindak melarikan diri dengan memecut laju sebelum hilang kawalan dan melanggar sebatang tiang di tepi jalan.

“Dengan bantuan beberapa unit polis lain, kenderaan tersebut berjaya dipintas dan kedua-dua suspek akhirnya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui sejumlah bahan yang disyaki dadah jenis methamphetamine serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

Tambah beliau, kedua-dua suspek yang berusia antara 18 hingga lingkungan 30-an kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – MYBERITA

BACA JUGA:  Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket 'travel' murah, mangsa rugi hampir RM2 juta
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...