Isnin, 3 Ogos 2026
spot_img
HiburanDanny, Yad-Z, Danial Kifli lega tiada penyingkiran konsert suku akhir Big Stage...

Danny, Yad-Z, Danial Kifli lega tiada penyingkiran konsert suku akhir Big Stage Rocketfuel

SHAH ALAM – Minggu suku akhir Big Stage X Rocketfuel berakhir dengan kejutan apabila tiada sebarang penyingkiran diumumkan, sekali gus memberi talian hayat kepada tiga peserta yang berada di kelompok tercorot iaitu Danny, Yad-Z dan Danial Kifli untuk terus bersaing ke peringkat separuh akhir.

Sekiranya penyingkiran diteruskan mengikut format pertandingan, Danial Kifli merupakan peserta yang sepatutnya menamatkan saingan berdasarkan kedudukan markah keseluruhan minggu ini.

Dalam pada itu, Ranisha kembali menguasai carta apabila merampas semula kedudukan pertama hasil persembahan bertenaga menerusi lagu Die On This Hill nyanyian Sienna Spiro.

Adam Nazmie dan Hussain pula melengkapkan kelompok tiga terbaik selepas turut memperoleh markah memberangsangkan daripada barisan juri.

Kesemua peserta yang layak kini bakal berdepan cabaran lebih besar pada minggu separuh akhir menerusi tema Analog To Ultra, yang menyaksikan mereka perlu mempersembahkan lagu-lagu berunsurkan tradisional dengan sentuhan moden.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, peserta bersaing merebut tiga gelaran utama yang menawarkan Rocketfuel Artist Development Contract bernilai keseluruhan sehingga RM200,000.

Ganjaran tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Musim ini menyaksikan seramai 11 peserta berentap iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-