Mohd Nizam berdepan perbicaraan 15 hari mulai Julai 2027

Mohd Nizam berdepan perbicaraan 15 hari mulai Julai 2027
Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 29 Julai, 9 hingga 12 Ogos, 13 hingga 15 September serta 27 hingga 30 September 2027 selepas tarikh berkenaan dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar bakal dibicarakan selama 15 hari bermula 26 Julai 2027 atas empat pertuduhan membabitkan rasuah dan pecah amanah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 29 Julai, 9 hingga 12 Ogos, 13 hingga 15 September serta 27 hingga 30 September 2027 selepas tarikh berkenaan dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.

Bagaimanapun, sebelum perbicaraan berlangsung, kes berkenaan akan disebut semula pada 28 Oktober ini bagi mengetahui perkembangan representasi yang bakal dikemukakan pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

ARTIKEL BERKAITAN