Anak pelakon veteran Rahim Jailani mohon doa orang ramai

KUALA LUMPUR – Anak lelaki kepada pelakon veteran tanah air, Rahim Jailani, iaitu Tasyriq, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan bapanya yang kini dikatakan berada dalam keadaan semakin lemah.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Tasyriq meluahkan kebimbangan dan kesedihan terhadap keadaan ayahnya ketika ini.

\”My dad\’s condition is weakening, tolong doakan ayah saya,\” tulisnya ringkas.

\”I can never be as strong as you Baba,\” tambah Tasyriq dalam hantaran sama, disertakan dengan gambar lama mereka bersama.

Rahim Jailani, 64, dikenali menerusi pelbagai watak dalam filem dan drama tempatan sejak era 1980-an, termasuk lakonannya dalam filem Gila-Gila Remaja 2 dan siri drama Gerak Khas.

Setakat ini, pihak MYBERITA sedang berusaha menghubungi ahli keluarga terdekat untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai kesihatan beliau. Kami akan terus membawakan perkembangan terkini sebaik menerima maklumat lanjut daripada keluarga.

BACA JUGA:  \"Atas urusan kerja\", Tun Laila hanya nak sampaikan apa yang ada di dalam penjara
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...