Khairul Aming dedah terima ‘gift’ hampir RM32k di TikTok, tapi satu sen pun tak digunakan

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan jumlah ‘gift’ yang diterimanya sepanjang melakukan siaran langsung di TikTok mencecah RM31,931.87.

Pendedahan itu tular selepas dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @Hasbimendez, yang turut memuji keikhlasan Khairul Aming kerana tidak menggunakan satu sen pun daripada jumlah tersebut untuk kepentingan peribadi.

“Duit ‘gift’ yang bagi dekat saya setakat ini, satu sen pun saya tak ambil. Duit ini guna untuk bagi ‘gift’ dekat orang lain pula. Tidak pernah habis duit ini sebab bila saya buat ‘live’, masuk duit baharu,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Tindakan itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap dermawan dan rendah dirinya, lebih-lebih lagi dalam suasana media sosial yang kini sering dikaitkan dengan isu ketamakan dan pengaruh material.

Seorang pengguna, @Otakdua, berkata: “Aku kalau terkumpul ratus-ratus pun dah ‘withdraw’. Dia tak tergoda langsung.”

Sementara itu, @Aqiruladzemi pula mengulas: “Bagus la dia ini, tak selalu orang macam ini, semua mata duitan mana boleh tengok duit.”

“Dia buat ‘live’ bukan untuk minta duit, orang yang bagi. Dia selalu cakap dalam ‘live’ berhenti bagi ‘gift’. Alhamdulillah, dia sedekahkan untuk orang lain. Semoga makin mencurah-curah rezeki,” ujar @Nadiajaperi.

Khairul Aming sebelum ini dikenali ramai bukan sahaja kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan, tetapi juga kerana sikap pemurah dan sumbangannya kepada masyarakat, termasuk ketika musim banjir dan Ramadan.

BACA JUGA:  OKU gigih cari rezeki, berdiri 10 jam demi lima anak
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...