Pemandu Nissan Navara mengaku salah pandu secara melulu, dipenjara 30 hari dan denda RM12,000

KUALA LUMPUR â€“ Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang terbabit dalam insiden tular merempuh motosikal dinaiki sepasang suami isteri di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta, dijatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, K. Darmaraju, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu dalam kejadian yang berlaku pada 10 Mei lalu.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 11 Mei lalu. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan selama 12 bulan. Bagaimanapun, tertuduh difahamkan telah menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Darmaraju didakwa memandu dengan cara melulu di lebuh raya menghala ke pusat bandar sebelum Plaza Tol Jalan Duta pada pukul 2.30 petang, 10 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pasangan suami isteri terbabit mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.

Mangsa lelaki berusia 53 tahun dilaporkan mengalami retak tulang selangka dan luka pada buku lali, manakala isterinya, 49, mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan di kepala serta patah tulang rusuk dan buku lali.

Kes ini turut mendapat perhatian ramai selepas rakaman video insiden berkenaan tular di media sosial.

BACA JUGA:  Elly Mazlein tegas jaga privasi anak, enggan dedah wajah di media sosial
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...