Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, siasatan awal mendapati dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal menghampiri mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaannya.
“Pasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat dan siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan serta mengesan kedua-dua suspek,” katanya kepada media, petang tadi.
Motif kejadian masih belum dikenal pasti, namun pihak berkuasa tidak menolak sebarang kemungkinan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Kejadian itu turut tular di media sosial selepas beberapa keping gambar menunjukkan kenderaan mangsa yang rosak akibat tembakan mula tersebar sejak semalam. Kejadian menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan penduduk sekitar kawasan sekolah tersebut. – MYBERITA








