Warga emas dikhuatiri lemas terjun sungai di Muar

MUAR – Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Jambatan Jalan Panchor, Kampung Gerisek, pagi tadi.

Menurut Ketua Bomba Zon 4, Penguasa Kanan Bomba II Nor Shuhada Amsari, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.21 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki dipercayai telah terjun ke dalam sungai. Pihak bomba segera melakukan pencarian di sekitar tebing sungai bersama bantuan anggota polis.

“Mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir telah dikerahkan ke lokasi bagi membantu pencarian.

Operasi diketuai oleh PBK II Rahimi Rahmat dengan kekuatan tujuh anggota serta dua jentera.

BACA JUGA:  Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...