Terbuka India: Azeem Fahmi raih emas, Danish sumbang gangsa

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan rakan sepasukan, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menutup kempen 100 meter (m) Terbuka India dengan penuh bergaya apabila masing-masing meraih pingat emas dan gangsa di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, sebentar tadi.

Azeem, yang layak ke final selepas menjuarai saringan kedua dengan catatan 10.48 saat (s), mempamerkan larian bertenaga untuk memintas pencabar sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan masa 10.35s.

Danish pula, yang menamatkan saringan sama di tempat ketiga dengan masa 10.64s, memperbaiki prestasi di perlumbaan akhir apabila merekodkan 10.50s untuk meraih tempat ketiga dan pingat gangsa.

Pingat perak menjadi milik pelari Sri Lanka, Chamod M. Yodhasing dengan catatan 10.43s, manakala pelari pilihan tuan rumah termasuk Harsh Santosh Raut terpaksa akur di luar kelompok podium.

Sebelum berlepas ke India, Azeem menyatakan misi membawa pulang keputusan terbaik buat negara sambil mengintai peluang memperbaharui catatan musim ini dan mencipta rekod peribadi baharu. Meskipun tidak merakam rekod peribadi baharu, pencapaiannya kali ini tetap memenuhi sasaran untuk berada di podium.

Kejayaan berganda ini menjadi suntikan moral buat skuad pecut negara menjelang siri perlumbaan antarabangsa akan datang, sekali gus mengukuhkan reputasi Malaysia di pentas olahraga Asia.

BACA JUGA:  "Jangan sekadar hafal, fahami dan praktikkan ilmu" - Jeremy Lau
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...