Terbuka India: Azeem Fahmi raih emas, Danish sumbang gangsa

KONGSI

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan rakan sepasukan, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menutup kempen 100 meter (m) Terbuka India dengan penuh bergaya apabila masing-masing meraih pingat emas dan gangsa di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, sebentar tadi.

Azeem, yang layak ke final selepas menjuarai saringan kedua dengan catatan 10.48 saat (s), mempamerkan larian bertenaga untuk memintas pencabar sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan masa 10.35s.

Danish pula, yang menamatkan saringan sama di tempat ketiga dengan masa 10.64s, memperbaiki prestasi di perlumbaan akhir apabila merekodkan 10.50s untuk meraih tempat ketiga dan pingat gangsa.

ARTIKEL BERKAITAN