Ahad | 20/09/2026 | 2:07:48 am
HomeNasionalAnggota TUDM hilang terjawab, ditemui di Ampang

Anggota TUDM hilang terjawab, ditemui di Ampang

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Muhammad Ammar Mohd. Ariffin sejak 23 Ogos lalu akhirnya terjawab apabila lelaki itu ditemui di kawasan Ampang.

RINGKASAN BERITA
  • Ariffin sejak 23 Ogos lalu akhirnya terjawab apabila lelaki itu ditemui di kawasan Ampang.
  • Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, penemuan itu adalah hasil usaha berterusan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi…
  • Terdahulu, Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi mandi-manda di Sungai Kedondong pada 23 Ogos.
  • Beliau yang kali terakhir memandu sebuah Proton Satria berwarna biru tidak pulang ke kem pada 24 Ogos, selain gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, penemuan itu adalah hasil usaha berterusan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi mengesan anggota berusia 27 tahun tersebut.

“Laskar Udara telah dijumpai di kawasan Ampang oleh pasukan IPD Serdang. Kenyataan media akan dikeluarkan sebentar nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi mandi-manda di Sungai Kedondong pada 23 Ogos.

Beliau yang kali terakhir memandu sebuah Proton Satria berwarna biru tidak pulang ke kem pada 24 Ogos, selain gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan sehingga menimbulkan kebimbangan. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 20 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|