Isnin | 21/09/2026 | 7:12:14 am
HomeJenayahCuba curi kabel, lelaki tersangkut di tiang MRT TTDI

Cuba curi kabel, lelaki tersangkut di tiang MRT TTDI

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan transit aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), semalam.

RINGKASAN BERITA
  • Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 pagi sebelum menghantar sebuah jentera bersama anggota Balai…
  • PGOKL memaklumkan, operasi tersebut melibatkan 12 anggota termasuk pegawai pelbagai pangkat.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 pagi sebelum menghantar sebuah jentera bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas ke lokasi.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk menurunkan mangsa dengan selamat.

“Mangsa berjaya dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Menurut pihak polis, individu terbabit dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah mencuri kabel,” jelas kenyataan itu, hari ini.

PGOKL memaklumkan, operasi tersebut melibatkan 12 anggota termasuk pegawai pelbagai pangkat. – MYBERITA

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|