Rabu | 23/09/2026 | 5:22:19 pm
HomeNasional13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA – Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atau 3.55 peratus mencatat keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata daripada jumlah itu, 376 calon pula memperoleh gred A+ untuk semua mata pelajaran, menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2024.

“Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut meningkat iaitu seramai 92,347 calon berbanding 86,040 pada 2024,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan di sini.

Untuk rekod, calon SPM 2025 merupakan kumpulan pertama yang tidak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). – MYBERITA – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 23 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|