GEORGE TOWN – Pulau Pinang mencatat kedudukan memberangsangkan di peringkat global apabila disenaraikan di tangga ke-69 daripada 402 bandar paling selamat di dunia menerusi penilaian Numbeo 2026.
- Berdasarkan laporan itu, Pulau Pinang merekodkan Indeks Keselamatan 71.1, manakala Indeks Jenayah berada pada 28.9, sekali gus menunjukkan tahap persepsi keselamatan yang relatif tinggi.
- Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pencapaian berkenaan memberi gambaran positif terhadap keadaan keselamatan semasa negeri selain keyakinan masyarakat untuk menjalani kehidupan dalam suasana…
- Beliau berkata, perkara itu turut selari dengan taklimat keselamatan yang diterimanya daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng pada Khamis.
- Menurut Chow, tiada insiden dilaporkan yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negeri ketika ini.
Berdasarkan laporan itu, Pulau Pinang merekodkan Indeks Keselamatan 71.1, manakala Indeks Jenayah berada pada 28.9, sekali gus menunjukkan tahap persepsi keselamatan yang relatif tinggi.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pencapaian berkenaan memberi gambaran positif terhadap keadaan keselamatan semasa negeri selain keyakinan masyarakat untuk menjalani kehidupan dalam suasana aman dan terjamin.
Beliau berkata, perkara itu turut selari dengan taklimat keselamatan yang diterimanya daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng pada Khamis.
“Berdasarkan taklimat yang diterima, situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang kekal aman, stabil serta terkawal,” katanya.
Menurut Chow, tiada insiden dilaporkan yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negeri ketika ini.
Dalam masa sama, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian terhadap aspek keselamatan serta ketenteraman awam, termasuk perkara membabitkan sensitiviti kaum dan agama.
“Keamanan adalah tanggungjawab bersama, kerajaan, pasukan keselamatan dan seluruh masyarakat mempunyai peranan untuk memastikan keharmonian yang kita nikmati hari ini terus dipelihara,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri mahu memastikan Pulau Pinang bukan sahaja terus berkembang dari sudut ekonomi dan pembangunan, malah kekal sebagai tempat yang selamat untuk didiami serta membina keluarga dan masa depan.
