KUALA LUMPUR – Belum matahari terbit, peminat Apple sudah memenuhi barisan bagi menjadi antara yang terawal mendapatkan iPhone 18 Pro apabila peranti terbaharu itu mula menjadi rebutan hari ini.
- Fenomena itu dapat dilihat menerusi beberapa perkongsian di media sosial yang memaparkan orang ramai sanggup hadir seawal pukul 4 pagi untuk menunggu pembukaan kedai.
- Pengguna media sosial, @fizabarakahtripkashmir menerusi satu video menunjukkan barisan pembeli sudah terbentuk ketika kebanyakan orang masih lena.
- Situasi sama turut dikongsikan pengguna Threads, @serraaa yang memuat naik gambar menunjukkan barisan panjang di Apple Store, The Exchange TRX pada kira-kira pukul 5.50…
- Perkongsian di media sosial menunjukkan keterujaan terhadap model baharu itu bukan hanya tertumpu di satu lokasi apabila orang ramai dilihat cuba mendapatkan peranti berkenaan…
Fenomena itu dapat dilihat menerusi beberapa perkongsian di media sosial yang memaparkan orang ramai sanggup hadir seawal pukul 4 pagi untuk menunggu pembukaan kedai.
Pengguna media sosial, @fizabarakahtripkashmir menerusi satu video menunjukkan barisan pembeli sudah terbentuk ketika kebanyakan orang masih lena.
“18 September 2026 macam ini rupanya nak beli iPhone 18. (Pukul) 4 pagi mereka dah beratur,” katanya.
Situasi sama turut dikongsikan pengguna Threads, @serraaa yang memuat naik gambar menunjukkan barisan panjang di Apple Store, The Exchange TRX pada kira-kira pukul 5.50 pagi.
“TRX, Apple Store pada 5.50 pagi,” tulisnya ringkas.
Perkongsian di media sosial menunjukkan keterujaan terhadap model baharu itu bukan hanya tertumpu di satu lokasi apabila orang ramai dilihat cuba mendapatkan peranti berkenaan seawal hari pertama jualannya.
Kesanggupan pembeli menunggu sejak sebelum subuh turut mencuri perhatian netizen yang rata-rata terkejut melihat sambutan tersebut.
“Kaya betul, semua ini hasil jual buah pinggang ka?” seloroh seorang pengguna.
“Waw… banyaknya duit kalian,” kata Emiliaa Harun.
Fenomena barisan panjang itu sekali lagi memperlihatkan keterujaan peminat terhadap pelancaran generasi terbaharu iPhone, khususnya iPhone 18 Pro.
