Ahad | 20/09/2026 | 12:12:41 pm
HomeGaya Hidup100 pelajar asnaf PUO disantuni menerusi Infaq Merdeka

100 pelajar asnaf PUO disantuni menerusi Infaq Merdeka

IPOH – Seramai 100 pelajar asnaf Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima sumbangan makanan dan minuman menerusi Program Infaq Merdeka: Sadaqah Jumaat dalam usaha membantu mereka mengurangkan perbelanjaan harian sepanjang tempoh pengajian.

RINGKASAN BERITA
  • Program anjuran Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) PUO itu dilaksanakan di Lobi UKK dengan memberi tumpuan kepada pelajar yang memerlukan, termasuk mereka yang…
  • Ketua Komunikasi dan Hubungan Korporat PUO merangkap penyelaras program, Noor Idayu Yeop Husin berkata, inisiatif berkenaan bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah membuka ruang kepada…
  • Menurutnya, program itu turut memberi peluang kepada penyumbang untuk bersedekah atas nama ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
  • Noor Idayu berkata, maklum balas diterima menunjukkan sumbangan berkenaan membantu pelajar berjimat dalam menguruskan perbelanjaan harian, terutama mereka yang perlu menanggung kos kehidupan sepanjang…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Program anjuran Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) PUO itu dilaksanakan di Lobi UKK dengan memberi tumpuan kepada pelajar yang memerlukan, termasuk mereka yang tinggal menyewa di luar kampus.

Ketua Komunikasi dan Hubungan Korporat PUO merangkap penyelaras program, Noor Idayu Yeop Husin berkata, inisiatif berkenaan bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah membuka ruang kepada warga PUO untuk berkongsi rezeki menerusi amalan sedekah pada hari Jumaat.

Menurutnya, program itu turut memberi peluang kepada penyumbang untuk bersedekah atas nama ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

“Alhamdulillah, UKK PUO bersyukur kerana dapat merealisasikan program yang sederhana dari segi pelaksanaannya, namun besar maknanya kepada penerima.

“Kami amat menghargai setiap sumbangan dan sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga setiap infaq yang disumbangkan menjadi amal kebajikan dan memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan,” katanya.

Noor Idayu berkata, maklum balas diterima menunjukkan sumbangan berkenaan membantu pelajar berjimat dalam menguruskan perbelanjaan harian, terutama mereka yang perlu menanggung kos kehidupan sepanjang berada di kampus.

Katanya, sebahagian penerima turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan kerana bantuan makanan dan minuman percuma memberi manfaat secara langsung kepada mereka.

“Ada pelajar yang menyatakan harapan agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia benar-benar memberi manfaat, khususnya kepada mereka yang perlu berjimat sepanjang tempoh pengajian.

“Mereka ini ibarat anak-anak kita sendiri. Justeru, ruang untuk kita berkongsi rezeki dan membantu mereka sentiasa terbuka,” katanya.

Sehubungan itu, UKK PUO mengalu-alukan warga institusi berkenaan, komuniti serta orang ramai yang prihatin untuk bersama-sama menyumbang bagi membantu kebajikan pelajar yang memerlukan.

Program berkenaan turut membawa semangat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) menerusi penerapan nilai kepedulian, kebersamaan serta budaya saling membantu dalam masyarakat.

Inisiatif Infaq Merdeka itu sekali gus mengetengahkan penghayatan semangat kemerdekaan bukan hanya menerusi sambutan patriotik, tetapi juga melalui usaha berkongsi rezeki dan menyantuni golongan memerlukan. – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 20 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|