GovTech, rakyat terkandas di Nepal antara tumpuan Dewan Rakyat

GovTech, rakyat terkandas di Nepal antara tumpuan Dewan Rakyat
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, Young Syefura Othman (PH-Bentong) akan meminta Menteri Digital menjelaskan pencapaian GovTech Malaysia dalam agenda transformasi digital negara, termasuk kerjasama antara kementerian bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan. - FOTO WIKIPEDIA
KONGSI

KUALA LUMPUR – Isu rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan banjir kilat di Nepal, keberkesanan transformasi digital kerajaan serta ketepatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) antara perkara yang dijadual dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, Young Syefura Othman (PH-Bentong) akan meminta Menteri Digital menjelaskan pencapaian GovTech Malaysia dalam agenda transformasi digital negara, termasuk kerjasama antara kementerian bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai perancangan strategik untuk memperkukuh ekosistem kerajaan digital.

ARTIKEL BERKAITAN