Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMATERKINIBas persiaran rempuh lori, dua penumpang maut, 16 cedera

Bas persiaran rempuh lori, dua penumpang maut, 16 cedera

- Advertisement -

YONG PENG – Dua lelaki maut manakala 16 penumpang lain cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 46 penumpang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 80.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, tengah malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hidirman, 43, dan Zulhadi, 44, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Md. Isa Masngun, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam dan segera menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan kami di tempat kejadian, didapati dua penumpang lelaki bas tersepit dan disahkan maut di lokasi.

“Seramai 14 penumpang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan bersama pemandu bas, manakala 27 penumpang lelaki serta seorang penumpang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kemalangan tersebut turut melibatkan sebuah lori trak tunda dan lori tangki. Bagaimanapun, pemandu kedua-dua lori yang masing-masing berusia 42 dan 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat dan pembersihan lokasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 3.30 pagi.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN