KUALA LUMPUR – Isu harga manisan tiramisu keluaran usahawan popular, Kieda Crepe masih belum reda apabila ramai netizen terus mempersoalkan harga jualan yang dianggap terlalu mahal.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Kieda atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra menjelaskan bahawa beberapa bahan utama dalam penyediaan tiramisu mengalami kenaikan harga di pasaran.
“Mana ada mahal, kenalah dengan barang dengan yang saya pakai,” katanya dalam video tersebut.
Menurut Kieda, antara bahan yang sukar didapati dan semakin mahal ialah keju mascarpone, yang disifatkan seolah-olah seperti “ketul emas” kerana perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak.
“Kalau nak buat Tiramisu yang sedap, bahan-bahannya memang mahal. Krim, biskut jejari, kopi – semua saya pakai yang mahal. Tapi saya tak kata premium, saya cuma cakap mahal,” tambahnya.
Namun begitu, penjelasan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang memuat naik semula video lama Kieda yang pernah mengakui menggunakan bahan-bahan premium dalam manisannya.
“Barang yang saya pakai semua barang premium,” kata Kieda dalam video terdahulu yang kini kembali tular di TikTok.
Susulan perbezaan kenyataan tersebut, ruangan komen dibanjiri dengan kritikan dan dakwaan bahawa Kieda telah memutar belitkan fakta bagi mempertahankan harga manisan tiramisu yang dijual pada harga RM40 sebekas.
Terdahulu, Kieda turut menjelaskan bahawa harga tersebut bukan sekadar mencerminkan kos bahan semata-mata, tetapi turut mengambil kira tenaga kerja dan proses penyediaan yang rumit.
Isu harga produk Kieda Crepe ini terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen, yang rata-rata menuntut kejelasan dan ketelusan dalam penetapan harga makanan terutama melibatkan produk usahawan tempatan.
@afakifi_ confuselahh macamni
♬ original sound – gegunduts