Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAJENAYAHLelaki cabul budak 7 tahun direman

Lelaki cabul budak 7 tahun direman

- Advertisement -

Melaka – Seorang lelaki bujang berusia 28 tahun direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak asuhan ibunya sejak mangsa berusia tujuh tahun.

Perintah reman sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Majistret N Sivashangari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas ibu mangsa menerima panggilan telefon daripada guru sekolah anaknya yang meminta beliau hadir segera ke sekolah.

Semasa pertemuan tersebut, guru terbabit memaklumkan bahawa kanak-kanak itu mendakwa telah dicabul oleh suspek di rumah pengasuh di Kampung Batang Tiga sejak berusia tujuh tahun.

Mangsa, yang kini berusia 10 tahun, memberitahu bahawa kejadian berlaku semasa dia berada di bilik dan ibu suspek sedang sibuk di dapur.

“Difahamkan, kali terakhir mangsa dihantar ke rumah pengasuh berkenaan adalah pada Disember tahun lalu.

Ibu mangsa terkejut dengan pendedahan tersebut kerana sebelum ini anaknya tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” kata sumber itu.

Tambah sumber, ibu mangsa menyedari perubahan sikap anaknya yang menjadi lebih pendiam sejak berusia sembilan tahun, namun tidak menyangka perkara buruk berlaku.

Susulan pendedahan tersebut, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga pada Sabtu lalu sebelum membawa anaknya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar psikiatri.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKSTK 2017, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN