\”Hello guys. I nak ambik peluang ini untuk ucap terima kasih atas sokongan yang diberikan. Tanpa kalian, saya tidak akan berada di tempat saya sekarang. Sokongan kalian very crucial from beginning,\” tulisnya.
Walaupun perjalanan Alif di Big Stage Alpha terhenti lebih awal, beliau tetap positif dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan rezeki.
\”Saya mohon maaf. Sampai tahap ini sahaja rezeki saya bersama Big Stage. Tapi saya mohon doa dari kalian untuk masa depan saya yang lebih cerah. Saya janji, saya akan perbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Terima kasih sekali lagi,\” katanya.
Big Stage Alpha membuka tirainya dengan 18 peserta bertanding, namun format baru musim ini menyaksikan enam penyingkiran serentak diumumkan sejurus konsert minggu pertama berakhir.
Peminat Alif di media sosial turut membanjiri ruang komen dengan kata-kata semangat, selain mendoakan kejayaan penyanyi muda itu dalam perjalanan seninya selepas ini.
Setiap minggu, para peserta akan diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberikan. Kesemua bintang Big Stage Alpha dinilai oleh barisan juri tetap iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Sementara itu, dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang popular Indonesia, Rina Nose, kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos program tersebut. – MYBERITA








