KUALA LUMPUR – Astro dengan kerjasama TVS bakal mencipta sejarah dengan penganjuran Konsert MeleTOP TVS, iaitu konsert MeleTOP pertama yang dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia.
Berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup), konsert yang mengangkat tema warisan budaya Borneo ini menggunakan tagline “Nang Champiyen Nang Lagend” dan akan disiarkan secara langsung di TVS (saluran 122), Astro ONE dan platform sooka, bermula jam 9.00 malam.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, konsert ini bertujuan menyatukan artis dan masyarakat pelbagai etnik seluruh Malaysia serta meraikan kekayaan budaya tempatan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak TVS, MTCP, Majlis Perbandaran Miri, dan warga Sarawak serta Sabah atas kerjasama dan sokongan padu.
Konsert ini menampilkan gabungan elemen kebudayaan tradisional Borneo dan budaya pop kontemporari dengan persembahan daripada barisan artis popular tanah air termasuk Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong, Hairee Francis, Wani Kayrie dan Noki.
Acara ini akan diacarakan oleh gandingan pengacara MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, bersama pengacara TVS iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.
Antara artis yang dijadualkan hadir termasuk Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit (GV), Noryn Aziz (GV), Tomok, Nikki Palikat (GV), Kaka Azraff, Shahrul Kamal, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, serta bintang antarabangsa dari drama “Little Nyonya”, Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.
Menariknya, Uji Bakat Kilauan Emas 2025 juga akan berlangsung pada 9 Mei, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan peminat boleh mengunjungi booth Astro sepanjang tiga hari acara berlangsung untuk mendapatkan info terkini tentang produk dan promosi eksklusif Astro.
Konsert MeleTOP TVS turut ditaja oleh U Mobile selaku penaja utama, Super Kopi (TM) sebagai Kopi Rasmi serta disokong oleh ERA Sarawak sebagai Geng Radio.