Sarawak perkenal Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) mulai 2026

KONGSI

KUCHING – Kerajaan Sarawak telah meluluskan cadangan pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), yang dijadualkan bermula pada tahun 2026.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada Jumaat (28 Mac), keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Kabinet negeri pada 20 Mac lalu.

\”Skim ini terbuka kepada rakyat Sarawak dan melibatkan institusi pengajian tinggi milik negeri seperti Universiti Teknologi Swinburne Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS,\” kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN