Kerjaya Kilmer bermula dengan filem Top Secret! (1984) sebelum membintangi filem komedi Real Genius (1985). Namanya melonjak selepas membawakan watak Tom \’Iceman\’ Kazansky dalam filem Top Gun (1986) bersama Tom Cruise, dan sekali lagi muncul dalam sekuel Top Gun: Maverick (2022).
Selain itu, Kilmer juga terkenal dengan filem fantasi arahan Ron Howard, Willow (1988), serta lakonannya sebagai Jim Morrison dalam filem The Doors (1991) arahan Oliver Stone, yang dianggap antara peranan paling mencabarnya.
Pada 1995, beliau mencapai kejayaan besar menerusi filem jenayah Heat bersama Al Pacino dan Robert De Niro serta menggantikan Michael Keaton sebagai Batman dalam Batman Forever, francais ketiga siri Batman. Namun, filem itu mendapat kritikan bercampur, dan peranannya kurang menonjol berbanding lakonan Tommy Lee Jones dan Jim Carrey, menyebabkan beliau menarik diri daripada sekuel seterusnya.
Kilmer pernah berkahwin dengan pelakon Britain, Joanne Whalley, dan mereka dikurniakan dua anak sebelum bercerai.
Pemergian Val Kilmer meninggalkan impak besar kepada dunia perfileman, dan peminat serta rakan industri terus mengenang legasi yang ditinggalkannya. – MYBERITA








