Kerajaan terbuka kaji semula jumlah pinjaman PTPTN – Anwar

KONGSI

GOMBAK – Kerajaan terbuka untuk mengkaji semula jumlah pinjaman yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar, khususnya melibatkan keperluan sebenar mahasiswa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, perkara itu kini sedang diteliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sebarang keputusan akan mengambil kira kemampuan kewangan negara serta tanggungjawab untuk memastikan akses pendidikan tinggi kekal terbuka kepada semua golongan.

“Insya-Allah, kita cuba menilai semula. Hutang terkumpul PTPTN ketika ini hampir mencecah RM40 bilion dan jika tidak diurus dengan baik, ia boleh meningkat kepada RM50 bilion. Namun begitu, kerajaan tetap komited membantu pelajar berdasarkan keperluan mereka,” katanya ketika menjawab soalan daripada seorang mahasiswa dalam Program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN