\”Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.
Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara,\” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.43 malam itu, sebuah blok asrama yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar.
Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu solat Isyak ketika kejadian berlaku.
Komander Operasi Bomba, Timbalan Penguasa Bomba II (TPGB II) Japari Tajuddin memaklumkan, kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan tersebut dan mengakibatkan kira-kira 80 peratus bahagian asrama musnah.
Setakat ini, siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dijalankan, manakala semua pelajar telah dipindahkan ke dewan sekolah sebagai langkah keselamatan. – MYBERITA








