Mangsa anjing liar kini ditidurkan, keluarga mohon doa orang ramai

RAWANG – “Sekarang ini Adeeb ditidurkan, saya harap dia cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala, minta semua tolong doakan untuk Adeeb,” luahan penuh harapan daripada Mohd Zarawi Manaf, 47, bapa kepada Muhammad Adeeb Naqiuddin Mohd Zarawi, 14, yang menjadi mangsa serangan sekumpulan anjing liar pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan 6/40 Blok 6 Primula Julian, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Muhammad Adeeb, yang lebih mesra dipanggil Adeeb, mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian tubuh dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Menurut Mohd Zarawi, anak keempatnya itu terpaksa ditidurkan kira-kira pukul 7.15 malam semalam selepas paras oksigen dalam badan Adeeb menurun.

\”Doktor nasihatkan Adeeb ditidurkan supaya dia cukup rehat. Sebelum itu Adeeb ada bersembang dengan kami dan dia tanya lama lagi ke dia kat sini (dalam wad), bila boleh balik. Semalam dia banyak berbual dengan kami, bercerita tentang kawan-kawannya,\” katanya.

“Dia ada cakap pasal kawan-kawannya dan seolah-olah tidak sabar untuk balik rumah. Namun, dua tiga hari ini dia hanya menyebut yang dia dahaga dan ingin minum air. Dia juga tanya lambat lagi ke boleh balik,” tambahnya.

Mohd Zarawi mengakui sedikit kecewa apabila anaknya terpaksa ditidurkan kerana sebelum itu, keadaan Adeeb agak stabil.

“Saya harap Adeeb cepat sembuh, terutamanya kecederaan pada organ-organ dalamannya. Bila dah ditidurkan, kita tak tahu sampai bila, jadi kami harap dia cepat sedar dan pulih,” jelasnya.

Sementara itu, Noor Azlina Abdul Samad, ibu kepada Adeeb, berkata kecederaan yang dialami anaknya terutamanya pada organ dalaman berada pada tahap dua dan empat.

BACA JUGA:  MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 13 negeri

“Hati Adeeb pada tahap empat, yang awalnya tahap lima. Buah pinggangnya juga pada tahap empat, limpa pada tahap dua, selain sedikit calar pada dagu dan dada. Namun yang paling serius adalah kecederaan pada organ dalaman, terutamanya hati,” ujarnya.

Noor Azlina berkata, sebelum ditidurkan, Adeeb sempat bersalaman dengannya dan suami serta meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhannya.

\”Sebagai ibu, saya mohon doa daripada semua. Semoga ada doa yang dimakbulkan oleh Allah, dan Adeeb cepat sedar serta sembuh seperti biasa,” katanya.

Menurut laporan media, kejadian malang ini berlaku ketika Adeeb dalam perjalanan pulang dari Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) menengah di Sekolah Rendah Agama As Sadiqqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Dalam kejadian sekitar pukul 11.15 pagi itu, Adeeb terjatuh ke dalam longkang selepas melanggar pembahagi jalan akibat dikejar oleh sekumpulan anjing liar.

Rakan Adeeb, Muhammad Sa’di Mohd Sufian, 14, turut terlibat dalam kejadian itu, namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, persatuan penduduk di kawasan itu telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenai masalah anjing liar di situ, kerana insiden serupa bukan pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...