\”Pugal Barbershop\” menang Anugerah Booth Terbaik VISCOM 24

ROMPIN – Projek kreatif bertemakan Pugal Barbershop telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Booth Terbaik sempena Visual Communication Show 2024 (VISCOM 24) anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah, berlangsung semalam.

Booth yang menampilkan konsep kedai gunting rambut moden dan bergaya ini telah berjaya menarik perhatian para juri serta pengunjung menerusi reka bentuk yang kemas, identiti jenama yang kuat, serta elemen interaktif yang menyerlahkan kreativiti kumpulan.

\"fotomyberita
Susun atur tempat pameran Pugal Baberhop – Foto Danial Firdaus

Projek ini adalah hasil usaha empat pelajar Diploma Teknologi Media Cetak iaitu Muhammad Hilmi Hassan, Mohammad Amirul Akmal Mohammad Noor, dan Karan Raj A/L Subramaniam, di bawah bimbingan penyelia berpengalaman, Encik Muhammad Aeree Abu Bakar.

Dengan gabungan elemen tipografi, ilustrasi, susun atur ruang dan aplikasi media digital yang berkesan, Pugal Barbershop bukan sahaja berjaya menyerlah dari aspek reka bentuk visual, tetapi juga memberi pengalaman booth yang menarik serta profesional kepada pengunjung VISCOM 24.

\"fotomyberita
Poster yang dihias di ruang pameran menarik pengunjung mahupun juri – Foto Amirul Akmal

Anugerah Booth Terbaik ini merupakan pengiktirafan kepada pasukan yang menunjukkan pencapaian cemerlang dari segi persembahan visual, kreativiti dan keberkesanan penyampaian konsep.

BACA JUGA:  Hari Nakba, rakyat Malaysia bangkit tolak penindasan rejim zionis
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...