Hari Nakba, rakyat Malaysia bangkit tolak penindasan rejim zionis

KONGSI

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat Malaysia pada Jumaat membanjiri pusat bandar bagi menyertai Perhimpunan Aman Protes Hari Nakba sebagai solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bermula sekitar jam 2 petang di Menara Tabung Haji, sebelum para peserta berarak ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British dan seterusnya ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kira-kira jam 3 petang.

Pengerusi Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr. Nazari Ismail berkata, himpunan itu diadakan sempena memperingati ulang tahun ke-77 peristiwa Nakba, iaitu hari bermulanya penderitaan besar rakyat Palestin selepas tanah mereka dirampas secara sistematik sejak tahun 1948.

ARTIKEL BERKAITAN