Agong berkenan kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim

KONGSI

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga hakim baharu di Istana Negara, ibu negara hari ini.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara yang dimulakan dengan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng.

Seterusnya, pelantikan dua Hakim Mahkamah Rayuan turut dilakukan iaitu kepada Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Dr. Lim Hock Leng.

ARTIKEL BERKAITAN