Khamis | 08/10/2026 | 2:19:30 pm
HomePendidikanPUO jalin kerjasama strategik, sembilan syarikat tandatangan Surat Hasrat

PUO jalin kerjasama strategik, sembilan syarikat tandatangan Surat Hasrat

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh jaringan kerjasama bersama sektor industri apabila sembilan syarikat menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LoI) dalam satu majlis penuh simbolik yang berlangsung di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican, PUO di sini.

Majlis menandatangani dokumen itu menandakan satu usaha bersepadu PUO dan pihak industri dalam memperkukuhkan hubungan strategik demi manfaat bersama, khususnya dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah dalam ucapan perasmiannya merakamkan penghargaan kepada semua syarikat terlibat atas komitmen mereka dalam menyokong aspirasi TVET negara.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|