KUALA LUMPUR â Tan Lee Bee, jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjadi tular sewaktu pandemik Covid-19 kerana gaya penterjemahannya yang unik dan menarik perhatian ramai, telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semalam.
Pingat tersebut disampaikan di Istana Negara pada pagi ini, dan menariknya, siaran berita mengenai penganugerahan itu turut menampilkan Lee Bee sebagai jurubahasa isyarat yang menterjemah laporan berkenaan secara langsung di RTM.
@azharanditahir TAHNIAH!
âĴ original sound – AzharAndiTahir
Rakaman video siaran berita tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai AzharAndiTahir yang turut mengucapkan tahniah kepada Lee Bee.
âBila kau sendiri âmenjuru bahasakanâ berita diri sendiri. Tahniah,â katanya dalam kapsyen video tersebut.
Dalam temu bual bersama wartawan RTM, Lee Bee berkongsi rasa gembira dan berbesar hati menerima penghargaan tersebut.
âTempuh banyak liku-liku dan hari ini saya dapat anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong. Ini satu penghormatan kepada jurubahasa yang ada di Malaysia. Saya cuma berharap pada masa akan datang, lebih ramai jurubahasa akan masuk dalam bidang ini,â ujarnya.
Lee Bee mula dikenali sebagai jurubahasa isyarat ketika berkhidmat sebagai guru pendidikan khas selama 17 tahun sebelum berpindah ke Mahkamah Persekutuan dan akhirnya menyertai siaran televisyen RTM.
Sementara itu, ruangan komen di media sosial RTM dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakyat Malaysia yang mengagumi dedikasi dan bakat Lee Bee.
âTahniah Kak Lee Bee,â tulis Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
âJurubahasa isyarat paling terkenal di televisyen,â komen Sofian Rosli Pian.
âEkspresi dia ni kalau ada berita yang mengerikan, dahsyat dengan riak muka sekali ditunjukkan. Syabas puan,â kata Siti Suhaida Ab Aziz.

