AIM24 kembali dengan tiga kategori baharu, insentif pemenang dinaikkan

KUALA LUMPUR – Anugerah Industri Muzik edisi ke-24 (AIM24) kembali dianjurkan dengan kelainan apabila memperkenalkan tiga kategori baharu yang mencerminkan kepelbagaian serta perkembangan muzik tanah air.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM24, Rosmin Hashim berkata, kategori berkenaan ialah Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.

“Penambahan kategori ini dibuat bagi menghargai karya muzik yang membawa mesej perpaduan, memelihara warisan budaya tradisional serta mengiktiraf kerjasama kreatif yang merentasi sempadan negara,” katanya.

AIM24 akan berlangsung pada 13 September ini di Arena of Stars, Genting Highlands, melibatkan 31 kategori anugerah merangkumi lagu dan album dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang dikeluarkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024.

Dalam pada itu, Rosmin turut memaklumkan kerajaan telah meningkatkan insentif kepada pemenang utama anugerah tersebut menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah Kementerian Komunikasi, dengan peruntukan sebanyak RM700,000 untuk 11 pemenang, berbanding RM320,000 kepada empat pemenang pada edisi lalu.

“RTM juga akan menjadi penyiar rasmi AIM24 yang bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 dan RTM Klik,” katanya lagi.

Antara kategori utama yang dipertandingkan termasuk Artis Baharu Terbaik, Vokal Lelaki Terbaik, Vokal Wanita Terbaik, Vokal Kumpulan Terbaik, Kugiran Terbaik, Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik serta Video Muzik Terbaik.

Turut dipertandingkan kategori Runut Bunyi Terbaik dalam filem atau drama, Lagu Rock, Pop, Rap/Hip Hop, Pop Elektronik/Dance, lagu terbaik dalam bahasa Inggeris, Cina dan India, selain Lagu Melayu Terbaik oleh Artis Luar Negara, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Etnik Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik.

Selain itu, Anugerah Khas Sri Wirama turut diberikan di samping lapan kategori praanugerah seperti Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dalam Lagu, Lagu Paling Tinggi di Strim, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube dan Lagu Paling Tinggi Ditonton di TikTok.

BACA JUGA:  Raih RM6,400 seminggu, pasangan anak empat dicekup jual video lucah & tawaran \'seks online\'

Rosmin menambah, pencalonan telah dibuka mulai hari ini hingga 4 Julai 2025 dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman rasmi www.aim1.org.my.

Sumber: Bernama

Muhammad Haqim
Muhammad Haqim
haqim@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...