Kereta hilang kawalan rempuh pelanggan gerai burger, mangsa patah rusuk

SHAH ALAM – Malang menimpa seorang pelanggan sebuah gerai burger apabila dia cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Malung, Seksyen 17, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 39 tahun dilaporkan patah tulang rusuk serta mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Insiden berkenaan tular di media sosial menerusi dua rakaman video berdurasi 42 saat dan lebih seminit yang menunjukkan suasana cemas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang duduk di meja makan gerai burger berkenaan ketika kejadian berlaku.

“Sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 55 tahun telah hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Kenderaan tersebut kemudian melanggar mangsa dan sebuah lagi kereta jenis Proton Waja yang diparkir di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan serius termasuk patah rusuk.

Tambahnya lagi, pemandu kereta terbabit telah ditahan dan dibawa ke Hospital Shah Alam bagi pengambilan sampel darah untuk ujian kandungan alkohol dan dadah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875 bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:  Nyaris diculik ketika joging, remaja bergelut sebelum lari selamatkan diri
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...