121 sekolah padat terima bilik darjah baharu, RM88 juta diperuntuk

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 buah sekolah di tujuh negeri telah dikenal pasti sebagai sekolah berkepadatan tinggi dan akan menerima bilik darjah tambahan baharu, termasuk bagi aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi dengan 103 sekolah, diikuti Perak (8), Pahang (4), Negeri Sembilan (3), manakala Terengganu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing mempunyai satu sekolah.

KPM memaklumkan, sebanyak RM88 juta diperuntukkan untuk projek ini bagi menyediakan kemudahan infrastruktur, termasuk peralatan pengajaran dan perabot. Pelaksanaan projek akan dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini.

“KPM sentiasa komited untuk menangani isu kepadatan sekolah dan memastikan murid serta guru menikmati suasana pembelajaran yang kondusif,” katanya.

Bagi mempercepatkan proses pembinaan, KPM akan menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS) dan pelan Pre Approved Plan (PAP), yang mampu mempercepatkan tempoh pembinaan dan dijangka siap dalam tahun yang sama.

BACA JUGA:  Fazura serah isu hutang syarikat RM4.65 juta kepada peguam
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...