“Di Pulau Pinang pula, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah,” jelas MetMalaysia.
Selain itu, keadaan cuaca buruk turut dijangka berlaku di Perak, melibatkan kawasan Manjung dan Bagan Datuk.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh amaran berkenaan.
Orang ramai juga digalakkan untuk mengikuti maklumat terkini dari MetMalaysia melalui saluran rasmi bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga. – MYBERITA








