Tragedi UPSI: Polis nasihat pemandu bas untuk diam diri

GERIK – Polis menasihati pemandu bas sewa khas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam nahas tragik di Jalan Raya Timur Barat agar tidak mengeluarkan kenyataan awam buat masa ini bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kenyataan awal berpotensi menimbulkan spekulasi tidak wajar dan boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan.

\”Kami bimbang sebarang kenyataan atau penjelasan yang diberikannya boleh mengganggu siasatan. Jadi, lebih baik dia tunggu sehingga siasatan selesai,\” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.


Menurut beliau, pegawai penyiasat telah ke Hospital Taiping pagi tadi bagi memantau keadaan pemandu yang masih dirawat akibat kecederaan tangan.

\”Kami hanya boleh menasihatkannya supaya bersabar dan tunggu sehingga kenyataannya direkodkan secara rasmi. Selepas itu, dia bebas untuk memberi penjelasan kerana banyak aspek teknikal perlu diambil kira,\” jelasnya.


Antara aspek yang sedang disiasat termasuk keadaan bas, pengendali syarikat, dan keadaan jalan di lokasi kejadian.

Sementara itu, pihak polis turut berhubung rapat dengan pihak hospital untuk mengetahui perkembangan pemandu terbabit dan akan mengambil tindakan lanjut sebaik beliau dibenarkan keluar hospital.

Dalam nahas yang berlaku jam 1.15 pagi kelmarin di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, 15 pelajar UPSI terkorban selepas bas yang membawa mereka dipercayai hilang kawalan, melanggar sebuah Perodua Alza dan terbalik.

Bas tersebut membawa 42 pelajar dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus di Tanjung Malim, Perak sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Senarai penuh 44 pelajar UPSI terlibat kemalangan bas terbalik
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...