Nahas Air India: Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas

KONGSI

AHMEDABAD – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Air India yang dalam perjalanan ke London terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad petang ini, hanya beberapa minit selepas berlepas, menurut laporan saluran berita CNBC.

Pesawat jenis Boeing 787 itu membawa seramai 232 penumpang dan 10 anak kapal ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 1.17 tengah hari waktu tempatan. Kepulan asap hitam tebal dilaporkan kelihatan menjulang dari kawasan Dharpur, berhampiran bandar Meghaninagar, lokasi di mana pesawat itu dipercayai terhempas.

Pasukan bomba dan unit tindak balas kecemasan dilaporkan telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat insiden. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, namun belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa terselamat atau terkorban.

ARTIKEL BERKAITAN