Sedekah Jumaat, amalan kecil tapi ertinya besar

KONGSI

KUALA LUMPUR – Setiap kali menjelang hari Jumaat, kita sering diingatkan tentang keberkatan hari yang mulia ini iaitu penghulu segala hari.

Dalam kesibukan mengejar urusan dunia, Jumaat hadir sebagai satu ruang untuk memperbaharui jiwa, memperkukuh amal dan memperbanyakkan kebaikan. Salah satu amalan yang paling digalakkan pada hari ini ialah bersedekah.

Sedekah Jumaat bukan sekadar memberi wang ringgit di tabung masjid atau kepada insan memerlukan. Ia adalah manifestasi kasih sayang dan keprihatinan sesama manusia. Ia juga tanda syukur atas nikmat yang tidak terhitung. Apa jua yang kita hulurkan samaada makanan, masa, tenaga mahupun senyuman, semuanya dikira sebagai sedekah.

ARTIKEL BERKAITAN