“To be honest, competition dia (di China) terlalu hebat, Sebab bila kita berada di competition di mana kita perlu compete dengan jumlah rakyat yang begitu ramai compare to Malaysia.
\”So pressure tu jadi 10 kali ganda,” katanya pada sidang media program Raise The Star Malaysia.
Walau bagaimanapun, Shila mengakui bahawa pengalaman berdepan tekanan sebegitu banyak membentuk dirinya menjadi individu yang lebih kuat dan matang, bukan sahaja sebagai artis tetapi juga sebagai insan.
“Pengalaman itu buat mental kita lebih kuat, menjadi seorang yang lebih matang.
\”Ianya bukan hanya soal suara, tapi keunikan yang kita bawa,” jelasnya.
Penyanyi berkaliber itu sebelum ini mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi penyertaannya dalam beberapa pertandingan nyanyian di China dan Asia, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas global. – MYBERITA








