Dua maut, insiden tembakan di pusat beli-belah Cheras

KONGSI

KUALA LUMPUR – Suasana di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, gempar hari ini apabila berlaku satu lagi insiden tembakan melibatkan sekumpulan lelaki bertopeng yang melepaskan tembakan di hadapan premis berkenaan.

Dalam kejadian mengejutkan yang sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) dan tular di media sosial, kelihatan beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sasaran sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan sekurang-kurangnya dua individu disahkan maut.

ARTIKEL BERKAITAN