“Setakat ini, kita telah merakam keterangan daripada 18 individu. Siasatan masih berjalan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan bahawa pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.48 tengah malam, Selasa.
Menurut laporan, kejadian dipercayai melibatkan sekumpulan lelaki bertopeng ski hitam yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza sebelum melepaskan tembakan ke arah dua mangsa berusia dalam lingkungan 40-an.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah akibat tembakan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, atau mana-mana balai polis berdekatan. – MYBERITA








