Abang Koroy \’KO\’ DMA Islam, bawa pulang RM10,000

PETALING JAYA – Perlawanan tinju yang dinanti-nantikan antara dua pempengaruh media sosial, DMA Islam dan Abang Koroy, berakhir dengan kekalahan buat DMA selepas pertarungan sengit selama lima pusingan di The Cage, ibu kota malam tadi.

Pertarungan itu, yang disiarkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok, menarik ribuan tontonan secara dalam talian selain disaksikan ratusan penyokong yang hadir ke lokasi perlawanan untuk menyaksikan detik bersejarah antara dua figura media sosial popular tersebut.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah utama sebanyak RM10,000 yang dimenangi oleh Abang Koroy selepas mengatasi lawannya secara keputusan juri.

Sebelum ini, perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 di Dataran Merdeka, namun dibatalkan secara mengejut oleh pihak penganjur, Twins Championship.

Meskipun begitu, kedua-dua pempengaruh tetap meneruskan perlawanan mereka di lokasi berbeza malam tadi, bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat mereka bertarung secara sah dalam gelanggang.

DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza turut meluahkan rasa kecewa terhadap pembatalan sebelum ini, memaklumkan bahawa beliau dan pihak lawan telah membuat persiapan rapi serta menjalani latihan intensif menjelang perlawanan tersebut.

Terdahulu, pembatalan perlawanan pada saat akhir di Dataran Merdeka mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pengunjung HBN 2025.

Malah, Kementerian Belia dan Sukan turut menyatakan bahawa mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penganjuran acara tinju itu.

BACA JUGA:  Papa laris cari mentor ahli politik, Asyraf Wajdi pelawa masuk UMNO
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...