“Kesemua lapan individu yang terdiri daripada mangsa, pelajar lain dan wakil pihak sekolah telah direkodkan keterangan mereka. Kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu video berdurasi lebih dua minit memaparkan insiden pergaduhan antara pelajar sekolah yang sama tular di laman Facebook.
Difahamkan kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Pihak polis memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya akan diambil demi keselamatan pelajar dan keharmonian persekitaran sekolah. – MYBERITA








