Menurut sumber, kejadian tersebut dirakam oleh orang awam dan kini tular di media sosial, mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat, terutama ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka di kawasan sama.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta identiti penyerang.
Beliau berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik maklumat lengkap diperoleh. Kes disiasat sebagai kejadian tembakan dan cubaan membunuh.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan. – MYBERITA








