Polis kesan pengayuh basikal tular halang laluan bas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan sekumpulan pengayuh basikal yang dipercayai menghalang laluan sebuah bas perantara di Kilometer 23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur menghala ke Sungai Buloh, dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi itu tular di media sosial dan menunjukkan beberapa individu menunggang basikal secara berkumpulan di lorong kiri jalan.

“Siasatan awal mendapati kumpulan penunggang itu dipercayai telah menghalang pergerakan sebuah bas yang turut melalui laluan sama. Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Peraturan 42(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing di jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran,” ujarnya.

Terdahulu, pihak Rapid Bus turut mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden melibatkan bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) yang terpaksa berhenti akibat dihalang sekumpulan pengayuh basikal di laluan terbabit.

Difahamkan, berlaku pertelingkahan antara kumpulan tersebut dengan pemandu bas sebelum situasi berjaya ditenangkan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui kawasan itu.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Polis ambil sampel darah pemandu bas
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...