Tze Yong jalani pemulihan kecederaan ACL empat minggu

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, kini menjalani proses pemulihan selama empat minggu di Qatar selepas selamat menjalani pembedahan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) di sebuah hospital di Doha semalam.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh, berkata keadaan semasa pemain berusia 25 tahun itu adalah stabil dan proses pemulihannya dijangka berjalan lancar.

“Setakat ini apa yang kami tahu semua dalam keadaan baik dan pembedahan sudah selamat dijalankan. Saya harap Tze Yong boleh menjalani proses pemulihan dengan tekun,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan BAM hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN